Hi. Dah lama kita tak berdating bersama. Cehh.
Maaflah bukan taknak jejak blog ni dah tapi nak luangkan masa tu yang terhad. Fuhhh.
Mungkin sibuk ? Mungkin juga ada masa terluang.
Tapi bagi aku setiap hari sibuk even kau ada masa free. Hahaha. Nampak kemalasannya kan? hmm
Manusia tak pernah nak lari dari kesibukkan.
Aku sebagai student sibuk je memanjang.
Sibuk dengan assignment.
Tapi bila diselak ataupun undur masa balik.
Wahhhhh banyak sangat kita menghabiskan masa.
Habiskan masa dengan lepak dengan member sambil sembang kosong , layan movie, shopping ,makan eh? hahahaha.
Kantoi.
Tapi cuba korang fikirkan balik. Betul ke apa yang kita buat ?
Ini semua fakta!
Assignment kau kena submit nextweek tapi dalam minggu ni kau ada je masa untuk buat.
Nasib student ni sifat dia suka buat kerja last minute. Majoriti okay!
Haaa mula ah dua hari sebelum kena hantar baru terhegeh-hegeh nak siapkan , masa tu lah sibuk nak bincang lah , nak cari maklumat lah.
Kadang-kadang tu sampai tak tidur seharian disebabkan nak siapkan assignment.
Aku rasa semua pernah laluinya kan ?
Angkat kening sikit siapa pernah mengalaminya ^^
Sepatutnya sebagai manusia kena pandai bahagikan masa.
Aku pernah nak cuba untuk bahagikan masa. Cuba jugak buat jadual tapi hakikatnya semua tu hanya sebagai perhiasan pada dinding. Teruk sangat perangai ni. Hahahahaha.
Sekurang-kurangnya aku sedaya upaya untuk mencuba setiap sem. Cubalah selagi anda mampu gais!
Sem ni aku akan cuba lagi. Jom cuba sama-sama.
Tambah-tambah lagi dah naik sem 3 ni. Subjek tough gak lah. Awal ni tak stress lagi , cuba nak dekat final haaa baru tau stress dia macam mana.
Aku paling takut pointer jatuh. Takut sangat.
InshaaAllah apa yang kita usaha , kita dapat.
Dalam kesibukkan ingat jangan lupa pada Allah SWT.
Hormat pada ibu ayah , pensyarah , kira kau kena hormat semua lah.
Jaga mulut jangan riak even kau pandai macam mana pun.
Semua pandai takde siapa pun yang kurang bijaksana.
Penting usaha , doa dan tawakkal.
Apapun aku nak minta if post kali ni macam deep sikit hahahaha.
Seriuslahh apa yang aku taip semua pernah aku mengalami. Korang pun pernah kan ?
Haaaaaaaa, korang goodluck in your future study! Goodluck segala-galanya. Semoga kita semua berjaya. Tak berjaya usaha lagi okay. Senyum sambil buat good hand. Ehhh.
Okayokay gerak lu. Apa-apa comment :))))))
No comments:
Post a Comment